Seremban, SniperNew.id - Kamis 24 Juli 2025 Satu tragedi menyayat hati berlaku awal subuh tadi apabila konvoi motosikal yang terdiri daripada 14 buah motosikal bergesel sesama sendiri, mengakibatkan tiga (3) penunggang maut di tempat kejadian. Kejadian tragis ini tular di media sosial selepas dikongsikan oleh akun Sepang Viral dengan paparan gambar suasana kecemasan di lebuh raya yang sesak.
Salah seorang mangsa dikenalpasti sebagai Haris Azib bin Sulaiman, 21 tahun, yang berasal dari Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST). Maklumat kematian dan pengurusan jenazah telah dimaklumkan oleh pihak Masjid Jamek Sultan Hisamuddin BBST, yang memaklumkan bahawa jenazah kini berada di Hospital Rembau bagi proses post mortem.
Menurut Lajnah Badan Khairat Kematian masjid, jenazah dijangka akan dikebumikan lewat petang ini selepas segala urusan hospital selesai. Keluarga Allahyarham turut menerima ucapan takziah daripada komuniti setempat serta warga maya yang terkesan dengan tragedi ini.
Ucapan takziah dan doa turut dizahirkan dalam hantaran asal oleh pihak admin Sepang Viral:
“إنا لله وإنا إليه راجعون. Semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dirahmati Allah SWT.”
Perkembangan lanjut mengenai urusan pengebumian akan dimaklumkan oleh pihak masjid dari semasa ke semasa.
Sumber: Akaun sosial media Sepang Viral, 24 Julai 2025
Channel Saluran Whatshapp rasmi Sepang: Klik di sini. Editor: (Ahmad).



















